Tabung Haji (TH) telah menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1441H/2019M Peringkat Kebangsaan di Stadium Axiata Bukit Jalil. Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tema sambutan Maulidur Rasul SAW tahun ini adalah “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”.
Sebanyak 101 Kontinjen dari pelbagai agensi Kerajaan, Swasta, Pertubuhan dan NGO telah menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW pada tahun ini. TH telah memenangi tempat pertama (Johan) bagi kategori perarakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir sama di dalam sambutan ini adalah DYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri beserta pasangan, YB Puan Hajah Fuziah Salleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berusaha Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH; Tuan Haji Zainal Abidin Haji Omar, Pengurus Besar Bahagian Strategi Sumber Manusia TH; Tuan Haji Mohd Norber Kassim, Pengurus Besar Bahagian Pembelajaran dan Pembangunan TH dan serta anggota-anggota TH yang terlibat di dalam perarakan.