Korporat
Sesi Ziarah Waris Jemaah Haji, Allahyarham Lokman bin Kidam
Negeri Sembilan, 28 Ogos 2018-TH telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarham Lokman bin Kidam. Sesi ziarah ini diwakili oleh Timbalan Pengarah TH Negeri Sembilan, Tuan Haji Abdul Malik bin Hassan di kediaman Allahyarham di Ampangan, Negeri Sembilan.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut mengadakan tahlil ringkas serta menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
SIRI JELAJAH EHSAN TH MELABUHKAN TIRAI
Aidilfitri kali ini lebih bermakna bagi 326 individu yang terpilih menerima sumbangan menerusi Program Ehsan TH yang berlangsung hari ini.
Sebagai salah satu badan korporat terkemuka di Malaysia, Lembaga Tabung Haji (TH) berupaya menyalurkan sumbangan berjumlah RM 163,000 di Perak.
Menerusi siri jelajah penyerahan sumbangannya, program ini akan berakhir di Perak. Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Tuan Haji Nawawi Bin Ishak selaku Pengarah TH negeri Perak, sekaligus melabuhkan tirai program pada tahun ini.