Korporat
Program Hari Pemulihan CaraKerja Peringkat TH 2018 "Celebrating Our Global Community"
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2018 – Lembaga Tabung Haji hari ini mengadakan Program Hari Pemulihan Carakerja Peringkat TH 2018 di Dewan Besar, Menara TH Tun Razak yang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Ketua Pegawai Sumber Manusia TH.
Program ini yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwakili oleh Puan Rokiah Alias, Ketua Profesion Perkhidmatan Pemulihan Carakerja Malaysia. Turut hadir adalah Pengurusan Kanan TH dan anggota TH yang terlibat dalam operasi haji, ERT serta first aider.
Program Ikhtiar TH 2019 Peringkat Negeri Kedah
ALOR SETAR, RABU, 11 DISEMBER 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah hari ini melaksanakan Program Ikhtiar TH dengan peruntukan sebanyak RM 150,000.00 kepada usahawan asnaf yang layak daripada pelbagai industri.
Majlis perasmian dan penyerahan sumbangan kepada 30 orang usahawan asnaf disempurnakan oleh Tuan Haji Nawawi bin Ishak, Pengarah TH Negeri Kedah bersama Tuan Syeikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Program Ikhtiar TH 2019 Peringkat Negeri Selangor
BANGI, SELASA, 17 DISEMBER 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melaksanakan Program Ikhtiar TH dengan peruntukan sebanyak RM 150,000.00 kepada usahawan asnaf yang layak daripada pelbagai industri.
Majlis perasmian dan penyerahan sumbangan kepada 27 orang usahawan asnaf disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Nasir bin Mohd Yusoff, Pengarah TH Negeri Selangor bersama Encik Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Divisyen Kutipan, LZS.
Program Ikhtiar TH 2019 Peringkat Wilayah Persekutuan
WILAYAH PERSEKUTUAN KL, KHAMIS, 12 DISEMBER 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini melaksanakan Program Ikhtiar TH dengan peruntukan sebanyak RM 150,000.00 kepada usahawan asnaf yang layak daripada pelbagai industri.
Majlis perasmian dan penyerahan sumbangan kepada 22 orang usahawan asnaf disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad bin Abas, Pengarah TH Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP
Program Kayuhan Kasih Tabung Haji Sempena Program Agihan MAIPs Peduli Bersama Raja Muda Perlis
Lembaga Tabung Haji hari ini telah turut serta dalam program Kayuhan Kasih sempena program MAIPs peduli bersama Raja Muda Perlis.
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis telah mencemar duli sudi mengunjungi 3 buah rumah asnaf bersama sama YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH untuk menyampaikan sumbangan.
Program Kecekapan Tenaga & Kelestarian Peringkat TH 2024
KUALA LUMPUR, 5 SEPTEMBER 2024 : TH telah menganjurkan Program Kecekapan Tenaga dan Kelestarian TH sebagai inisiatif memupuk kesedaran warga TH tentang kecekapan penggunaan tenaga secara berhemah bagi kelestarian alam sekitar. Program ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ameen Abdul Wahab, Pengarah Eksekutif Operasi dan turut disaksikan oleh YBrs. Tuan Koh Keng Sen, Ketua Pegawai Operasi Sustainable Energy Development Authority (SEDA).
Program Kepimpinan Muda TH (TH Young Leadership Series) dari 30 Buah Sekolah Luar Bandar Yang Terpilih
KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengambil inisiatif menganjurkan Program Kepimpinan Muda TH (TH Young Leadership Series) kepada 90 pelajar dari 30 buah sekolah luar bandar yang terpilih. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBrs. Tuan Syed Hamadah Syed Othman.
Program Khas, Teh Tarik Bersama YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE)
KUALA LUMPUR, 24 September 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan sebuah program khas, Teh Tarik Bersama YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE) yang bertempat di Bilik Mesyuarat AM, Lantai 38, Menara TH Tun Razak.