e-Bimbingan Haji
e-Bimbingan Haji merupakan satu sistem pengurusan pembelajaran digital yang dibangunkan bagi menyediakan platfom khusus untuk Bakal Haji (BH) tahun semasa, Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA), petugas haji dan pengguna umum yang bakal menunaikan Haji atau umrah. Sistem ini membantu pengguna untuk mempelajari ilmu berkaitan dengan Haji dengan lebih mudah secara dalam talian.
Video
Video e-Bimbingan Haji
Cara-cara Penggunaan e-Bimbingan Haji
Pengguna boleh melayari laman sesawang e-Bimbingan Haji. Pendaftaran akaun baru diperlukan bagi Bakal Haji (BH) tahun semasa, Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan juga petugas haji, manakala bagi pengguna umum, pendaftaran akaun tidak diperlukan. Muat turun infografik pendaftaran e-Bimbingan Haji dalam bentuk PDF di sini.
Kursus Yang Ditawarkan
Antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam e-Bimbingan Haji adalah:
- Pengguna Umum:
• Kursus Asas Haji (KAH)
• Bahan-bahan rujukan umum
- Bakal Haji:
• Kursus Asas Haji (KAH)
• Kursus Intensif Haji (KIH)
• Kursus Perdana Haji (KPH)
- PEKTA:
• Kursus Tauliah Haji dan Umrah (KUTAHU)
• Kelas Intensif Tafaqquh Haji dan Umrah (KITHU)
• Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK)
• Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH)
- Petugas Haji:
• Kursus Teras Petugas Haji
• Kursus Pengukuhan Maktab dan Zon
• Program Pengukuhan Petugas Haji Tanah Suci
• Program Pengukuhan Petugas Operasi Haji Tanah Air (OHTA)
Soalan Lazim
e-Bimbingan Haji | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Soalan | Jawapan | |||||||||||||||
Apakah itu e-Bimbingan Haji? | e-Bimbingan Haji merupakan satu sistem pengurusan pembelajaran digital yang dibangunkan bagi menyediakan platfom khusus untuk Bakal Haji (BH) tahun semasa, Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA), Petugas Haji dan Pengguna Awam yang bakal menunaikan haji atau umrah. | |||||||||||||||
Siapakah pengguna e-Bimbingan Haji? |
Pengguna e-Bimbingan Haji terdiri daripada;
|
|||||||||||||||
Adakah semua Bakal Haji (BH) boleh menggunakan kemudahan e-Bimbingan Haji? |
Hanya Bakal Haji (BH) yang telah mendapat surat tawaran untuk menunaikan ibadat haji sahaja yang boleh mengikuti keseluruhan modul e-Bimbingan Haji. |
|||||||||||||||
Bagaimana Bakal Haji (BH) yang belum terpilih dapat menggunakan e-Bimbingan Haji? |
BH yang belum terpilih boleh menggunakan e-Bimbingan Haji sebagai pengguna awam yang mempunyai sebahagian daripada modul kursus haji. |
|||||||||||||||
Apakah ciri-ciri utama e-Bimbingan Haji? |
Ciri-ciri utama e-Bimbingan Haji;
|
|||||||||||||||
Apakah kelebihan e-Bimbingan Haji? |
Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat pada e-Bimbingan Haji ialah:
|
|||||||||||||||
Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk membangunkan e-Bimbingan Haji? |
Tiga (3) tahun bermula Disember 2021 sehingga November 2024, melibatkan tiga (3) fasa pembangunan;
|
|||||||||||||||
Siapakah yang membangunkan e-Bimbingan Haji? |
e-Bimbingan Haji adalah dibangunkan bersama oleh TH dan Universiti Teknologi Petronas (UTP). |
|||||||||||||||
Apakah kandungan utama e-Bimbingan Haji? |
Menu utama bagi e-Bimbingan Haji: Bakal Haji:
PEKTA:
Petugas Haji:
|
|||||||||||||||
Apakah bentuk kandungan modul e-Bimbingan Haji? |
Kandungan pembelajaran bagi e-Bimbingan Haji disampaikan dalam bentuk video, infografik, persembahan slaid, audio, kuiz dan penilaian. |
|||||||||||||||
Apakah bahasa penghantar bagi platfom e-Bimbingan Haji? |
Bahasa penghantar platfom e-Bimbingan Haji ialah Bahasa Melayu. |
|||||||||||||||
Apakah keperluan minimum peranti untuk mempelajari kandungan e-Bimbingan Haji? |
|
|||||||||||||||
Adakah pembelajaran ini memerlukan perisian atau aplikasi yang tertentu? |
Tidak perlu. Pembelajaran ini hanya menggunakan browser (Chrome, Internet Explorer dan Mozilla Firefox). |
|||||||||||||||
Apakah platfom yang digunakan untuk melayari kandungan modul e-Bimbingan Haji? |
Pengguna boleh melayari kandungan modul ini dengan menggunakan platfom sedia ada di Portal e-Bimbingan Haji (e-bimbingan.tabunghaji.gov.my). |
|||||||||||||||
Adakah e-Bimbingan Haji ini boleh digunakan di Tanah Suci? |
Ya. e-Bimbingan Haji bukan sahaja boleh digunakan di Tanah Air, malah boleh digunakan semasa di Tanah Suci untuk menambah ilmu berkaitan dengan ibadat Haji. |
|||||||||||||||
Apakah perbezaan di antara e-Bimbingan Haji dengan THHujjaj? |
|
Pertanyaan Lanjut
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 - 6207 1919
E-mel : th-info@lth.gov.my
Waktu Operasi : 8:00 pagi - 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)