Haji
Program Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Bersama F&N Malaysia
Satu Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji bersama F&N Malaysia telah diadakan di Dewan Mentari, Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA.
Y.A.M Tengku Syarif Bendahara Perlis, Syed Badarudin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Fraser & Neave (F&N) telah hadir ke majlis ini dan satu demonstrasi penggunaan serbuk uncang 100Plus telah dipamerkan oleh Pengurus Kanan, Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, F&N Malaysia, En Raffiq Md Arif.
Program Pengukuhan Petugas Haji Musim Haji 1446H/2025M
ALOR GAJAH, 24 FEBRUARI 2025 - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah merasmikan Program Pengukuhan Petugas Haji di Kem Permata Resort Alor Gajah, hari ini.
Seramai 600 petugas haji dari seluruh tanahair berkampung di kem ini selama empat (4) hari bagi memantapkan dan melahirkan kumpulan petugas haji yang "holistik" dan bersedia untuk menggalas amanah besar menyantuni Tetamu Allah SWT sepanjang di Tanah Suci.
Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) 2022/1444H Kali ke-11
BANGI, 6 Februari 2023 - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) 2022/1444H Kali ke-11 bermula dari 26 Disember 2022 hingga 7 Februari 2023 kepada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan turut terbuka kepada guru-guru Agama syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH).
Program Ziarah Waris Allahyarham Haji Hamzah Mohd Sirat di Ipoh,Perak
TH Negeri Perak melaksanakan Program Ziarah Waris Jemaah Haji yang meninggal dunia di Tanah Suci iaitu Allahyarham Haji Hamzah bin Mohd Sirat (KT55B) bertempat di kediaman Allahyarham di No. 15, Laluan Persahabatan Timur 3, Taman Mewah, Ulu Kinta, Ipoh.