
ALOR GAJAH, 24 FEBRUARI 2025 - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah merasmikan Program Pengukuhan Petugas Haji di Kem Permata Resort Alor Gajah, hari ini.
Seramai 600 petugas haji dari seluruh tanahair berkampung di kem ini selama empat (4) hari bagi memantapkan dan melahirkan kumpulan petugas haji yang "holistik" dan bersedia untuk menggalas amanah besar menyantuni Tetamu Allah SWT sepanjang di Tanah Suci.
Di dalam amanat, beliau juga mengingatkan supaya sentiasa menjaga ikhtilat sepanjang bertugas. Jaga sahsiah kerohanian seperti batas etika pergaulan sesama petugas lelaki dan wanita agar tidak menimbulkan fitnah, kerana petugas haji akan menjadi perhatian para jemaah haji, justeru perlu menjaga nama baik TH.
