PERJANJIAN PENERBANGAN CARTER DI ANTARA TH DAN AMAL MALAYSIA AIRLINES (AMAL)
KELANA JAYA, 24 MEI 2022 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, telah memeterai perjanjian penerbangan carter haji bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) selama (3) tiga tahun untuk menyediakan operasi penerbangan carter haji bagi jemaah dari Malaysia.
Perkhidmataan penerbangan carter ini akan diuruskan oleh penyedia penerbangan umrah dan haji, AMAL Malaysia Airlines (AMAL).