Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penghargaan Sahabat Korporat TH bagi meraikan badan, agensi serta syarikat korporat dan swasta yang menyertai program ini untuk Musim Haji 2014M/1435H, di Dewan Besar, Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Majlis penghargaan tersebut disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh YB. Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Pengerusi THserta YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, TH.
Program Sahabat Korporat ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH yang memberi peluang kepada badan-badan korporat, agensi-agensi dan syarikat-syarikat swasta untuk bersama-sama menyumbang dalam membantu persiapan dan kebajikan jemaah haji Malaysia pada setiap tahun.
TH TERIMA LEBIH RM10 JUTA SUMBANGAN SAHABAT KORPORAT
Korporat
Khamis, 26 Jun 2014