Korporat
Rabu, 30 Ogos 2023
PANTAI DALAM, 30 Ogos - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima pengiktirafan Anugerah Khas Jabatan Kawalan Bangunan (JKB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Pencahayaan Bangunan bagi kategori Bangunan Ikonik.
Hj Mohd Auzir Zakri, Ketua Pegawai Hartanah TH telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Sr. Haji Kamaruzaman Mat Salleh.
Program Pencahayaan Bangunan merupakan inisiatif DBKL dalam meningkatkan keindahan bandar raya Kuala Lumpur seta menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar negara untuk melihat sendiri panorama cahaya yang mengindahkan bangunan-bangunan di sekitar Kuala Lumpur