Musim Haji 1436H yang baru selesai merupakan musim haji yang mencabar buat TH. Cabaran paling getir ialah insiden kren tumbang di Masjidil Haram dan rempuhan Jemaah Haji di Mina.
Bagi manzahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan menamatkan Operasi Musim Haji 1436/2015H yang lalu, Lembaga Tabung Haji telah mengadakan Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji 1436H/2015M.
Majlis tersebut telah di adakan di Bangunan Ibu Pejabat TH dan dihadiri oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH serta YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Di dalam majlis itu, semua syarikat serta agensi yang terlibat turut diberikan cenderahati penghargaan atas kerjasama dan sokongan mereka sepanjang Operasi Haji berlangsung.