Corporate
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI PERAK
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM150,000 kepada 300 orang pelajar daripada 10 buah sekolah dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Kolej Melayu Kuala Kangsar. (MCKK) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Md. Ridza Md. Zain, Pengarah THNegeri Perak.
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI SABAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM70,000 kepada 140 orang pelajar daripada enam buah sekolah dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 3 telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Nurlaila Said, PengarahTH Negeri Sabah.