Korporat
Program "Jom Kibar Jalur Gemilang" Peringkat TH 2018
Kuala Lumpur, 29 Ogos 2018 – Lembaga Tabung Haji hari ini mengadakan Program "Jom Kibar Jalur Gemilang" Peringkat TH 2018 di Dewan Besar, Menara TH Tun Razak yang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia TH.
Sebelum itu, program Bual Bicara oleh Al Fadhil Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, personaliti dakwah dan Dr. Azmil Zainal Abidin, Pensyarah Kanan Jabatan Akidah & Pemikiran Islam Universiti Malaya turut diadakan sempena program ini.
Program A'fiat TH - Majlis Serahan Sumbangan Katil Elektronik ICU Kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
TH Sabah telah mengadakan Majlis Serahan Sumbangan Katil Elektronik ICU kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Tuan Haji Idris Bin Ahmad di Dewan Auditorium Hospital Queen Elizabeth 2 pada hari ini, Jumaat 28 Januari 2022.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengarah Wilayah TH Sabah dan Sarawak, Datin Hajah Nurlaila Binti Hj Said. Turut hadir pada majlis ini untuk menerima replika cek Program A’fiat TH ialah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin.