Korporat
Rabu, 11 Disember 2019
ALOR SETAR, RABU, 11 DISEMBER 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah hari ini melaksanakan Program Ikhtiar TH dengan peruntukan sebanyak RM 150,000.00 kepada usahawan asnaf yang layak daripada pelbagai industri.
Majlis perasmian dan penyerahan sumbangan kepada 30 orang usahawan asnaf disempurnakan oleh Tuan Haji Nawawi bin Ishak, Pengarah TH Negeri Kedah bersama Tuan Syeikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Program Ikhtiar TH ini bertujuan memberi bantuan suntikan modal perniagaan kepada usahawan asnaf agar mereka mampu berdikari dan memperbaiki kehidupan mereka serta dapat melahirkan lebih ramai usahawan asnaf di Negeri Kedah.