KUALA LUMPUR, 24 September 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan sebuah program khas, Teh Tarik Bersama YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE) yang bertempat di Bilik Mesyuarat AM, Lantai 38, Menara TH Tun Razak.
Dengan tujuan memperutuhkan lagi hubungan antara anggota TH, program ini merupakan salah satu platform bagi para anggota TH untuk berkomunikasi secara dua hala bersama pengurusan TH, bertukar pandangan dan juga berkongsi pengalaman di tempat kerja.
Program sesi Teh Tarik bersama PUK/KPE kali ini disertai oleh anggota TH dari pelbagai jabatan dan pejabat cawangan negeri TH. Sebagai sebuah inisiatif baharu, adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksakan secara beterusan, bagi mengekalkan kesejahteraan dan memperkuatkan perpaduan di antara satu sama lain di TH.