BANGI, SELASA, 17 DISEMBER 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melaksanakan Program Ikhtiar TH dengan peruntukan sebanyak RM 150,000.00 kepada usahawan asnaf yang layak daripada pelbagai industri.
Majlis perasmian dan penyerahan sumbangan kepada 27 orang usahawan asnaf disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Nasir bin Mohd Yusoff, Pengarah TH Negeri Selangor bersama Encik Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Divisyen Kutipan, LZS.
Program Ikhtiar TH ini bertujuan memberi bantuan suntikan modal perniagaan kepada usahawan asnaf agar mereka mampu berdikari dan memperbaiki kehidupan mereka serta dapat melahirkan lebih ramai usahawan asnaf di Negeri Selangor.
Turut hadir pegawai kanan LZS dan anggota TH.