WILAYAH PERSEKUTUAN KL, KHAMIS, 12 DISEMBER 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini melaksanakan Program Ikhtiar TH dengan peruntukan sebanyak RM 150,000.00 kepada usahawan asnaf yang layak daripada pelbagai industri.
Majlis perasmian dan penyerahan sumbangan kepada 22 orang usahawan asnaf disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad bin Abas, Pengarah TH Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP
Program Ikhtiar TH ini bertujuan memberi bantuan suntikan modal perniagaan kepada usahawan asnaf agar mereka mampu berdikari dan memperbaiki kehidupan mereka serta dapat melahirkan lebih ramai usahawan asnaf di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir pegawai kanan MAIWP dan anggota TH.