KOTA KINABALU, 13 September 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM1,837,917.79 bagi tahun kewangan berakhir 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Istana Seri Kinabalu. Majlis serahan zakat TH diadakan sempena kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Hj Juhar bin Datuk Hj Mahiruddin.
Serahan Cek Cura (Mock up cheque) Zakat TH telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Syed Hamadah Syed Othman kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Panglima Hj Yahya bin Hj Hussin. Pada tahun ini, TH memperkasakan lagi tanggungjawabnya dengan pelaksanaan Program Zakat melalui bantuan-bantuan tanggungjawab sosial yg diberikan kepada golongan asnaf di Negeri Sabah. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Datuk Hj Ruslan bin Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri; Tuan Hj Ahmad Shahriman Johari, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat TH; YBhg. Datin Hjh Nurlaila binti Hj Said, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak; Tuan Hj Yusdi bin Hj Nasip, Pengarah Negeri Sabah; Pengarah2 agensi Islam Negeri Sabah serta rombongan YB Menteri JPM.