Korporat
Khamis, 4 April 2024
SELANGOR, 4 April 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan serahan zakat TH bagi negeri Selangor berjumlah RM28,421,099.74. TH diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar menyerahkan replika cek serahan zakat TH Selangor bagi tahun kewangan 2023 kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Turut hadir ke majlis, Tan Sri Abdul Rashid Hussain selaku Pengerusi TH diiringi Encik Ahmad Shahriman Johari, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat TH. Turut berlangung sebelum majlis berbuka, sumbangan hari raya kepada 146 asnaf fakir dan 270 asnaf miskin, dan 52 orang mualaf dan juga perasmian Masjid Setia Alam.