Korporat
Selasa, 25 September 2018
TH telah mengadakan sesi ziarah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarhamah Hajah Haslizah Binti Zakaria. Sesi ziarah diwakili oleh Pengarah TH Negeri Johor, YBhg. Dato’ Haji Mohammad Mokhzani Bin Mukhtar di kediaman Allahyarhamah di Jalan Lowsan, Segamat, Johor.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.