PUTRAJAYA, 2 Mac 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini dalam usaha menyokong inisiatif Musa'adah Covid-19, TH telah menyumbang sebanyak RM500,000 kepada Program Foodbank JAWI bagi menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Kepada Keluarga Asnaf, Nelayan & Petani di Negeri Kelantan pada 2 Mac 2021 bertempat di Dataran Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Putrajaya.
Majlis pelepasan misi bantuan ini telah disempunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri serta Timbalannya, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Dalam majlis yang sama, turut berlangsung majlis penyerahan replika cek sumbangan TH oleh YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada YBhg Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).