Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini menyerahkan tiga (3) buah rumah Program Baiti bernilai RM150,000 (nilai sebuah rumah adalah RM50,000) kepada tiga (3) keluarga asnaf terpilih di Daerah Maran dan Jerantut, Pahang.
Majlis serahan yang diadakan di Kampung Kuala Wau, Maran merupakan sebahagian daripada inisiatif TH bagi Program Baiti yang telah dilaksanakan sejak tahun 2012. Sehingga kini, TH telah membayar sebanyak RM7.7 juta untuk membina atau membaik pulih rumah untuk manfaat kepada154 keluarga asnaf yang terpilih di seluruh negara.
Majlis serahan ini disempurnakan oleh Puan Hajah Musalimah Mustaffa, Pengarah TH Negeri Pahang dan Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi Hussain, Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Turut hadir Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung dan anggota-anggota TH dan MUIP.