Balai Berita

2021

Jun 2021

Jun 04

4 Jun 2021 Kenyataan Akhbar | Haji
Pengumuman Akan Dibuat Bila Terima Makluman Rasmi Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2021 – Bakal haji Malaysia dinasihatkan untuk sabar menunggu pengumuman rasmi dari Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai status ibadat haji tahun ini. TH akan memaklumkan sebaik sahaja keputusan rasmi diperolehi dari Kerajaan Arab Saudi berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji untuk musim ini. 

Mei 2021

Mei 31

31 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Operasi Kaunter Perkhidmatan TH Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2021 – Sejajar dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan Perintah Penutupan Penuh (Total Lockdown), Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan kesemua operasi kaunter perkhidmatannya di seluruh negara ditutup sementara bermula 1 Jun ini sehingga diberitahu kemudian melainkan urusan janji temu bagi perkara kritikal sahaja. 

Mei 27

27 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Pembukaan Akuan Baru TH Secara Maya

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2021 –Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memperkenalkan platform terbaharu iaitu Pembukaan Akaun secara Maya (Virtual Account Opening - VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI bagi menggalakkan bakal pendeposit TH membuka akaun secara dalam talian. 

Mei 24

24 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Guna Perkhidmatan Dalam Talian Semasa PKP - Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2021 – Transaksi melalui platform dalam talian jelas menjadi pilihan pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) apabila hampir 80 peratus dari jumlah keseluruhan transaksi kewangan berlaku dalam talian.

Mei 23

23 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
PKP 3.0 - TH Guna Sistem Janji Temu Bagi Urusan Kaunter

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan kepada semua pendepositnya yang memilih untuk berurusan di kaunter TH supaya terlebih dahulu membuat janji temu sebelum hadir di mana mana 123 pejabat cawangan TH seluruh Malaysia bermula dari 25 Mei 2021 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Diperketatkan.

Mei 10

10 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Jemaah Haji Perlu Sedia Sekiranya Saudi Benarkan Jemaah Luar Negara Tunai Haji

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menasihatkan bakal haji Malaysia agar bersedia sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara tersebut menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

7 Mei 2021 Berita | Korporat
Sumbangan Program Ehsan TH Kepada 125 Golongan Asnaf Fakir Dan Miskin Di Perak

PERAK, 7 Mei 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebanyak RM50,000 kepada 125 golongan asnaf fakir dan miskin di bawah Program Ehsan TH di setiap daerah di negeri Perak.

7 Mei 2021 Berita | Korporat
Zakat TH Sebanyak RM7.03 Juta Bantu Asnaf Negeri Perak

IPOH, 7 Mei 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM7,036,598.40 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu majlis bertempat di Istana Kinta, Ipoh, Perak.

April 2021

April 28

28 April 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Dato' Sri Amrin Awaluddin Dilantik CEO Baharu TH

KUALA LUMPUR, 28 April 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin mengumumkan bahawa Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff akan melepaskan jawatannya sebagai Ahli Lembaga, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 5 Mei 2021. 

28 April 2021 Berita | Korporat
Zakat TH Sebanyak RM9.2 Juta Bantu Asnaf Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 28 April 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM9,171,043.56 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam satu majlis bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.