KUALA LUMPUR, 6 Disember 2021 - YB Senator Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-38 bagi Musim Haji 1443H yang bermula hari ini 6 hingga 8 Disember 2021.
Dengan bertemakan “Meningkatkan Kefahaman Ilmu Haji dalam Norma Baharu”, Muzakarah haji yang berlangsung secara hibrid kali ini menghimpunkan lebih daripada 500 para Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan ilmuan agama berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menetapkan keseragaman hukum-hakam serta mencari penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah demi kepentingan umat Islam di negara ini semasa melaksanakan ibadat haji di Tanah Suci.
Turut dilancarkan aplikasi e-TAIB yang merupakan aplikasi terkini dibangunkan oleh TH untuk memudahkan urusan jemaah haji bersoal-jawab mengenai hukum-hakam dan perjalanan ibadat haji semasa di Tanah Suci melalui perbualan langsung (live chat) bersama guru-guru agama.
TH Lancar e-Taib Mudahkan Jemaah Haji
Haji
Isnin, 6 Disember 2021