MELAKA, 7 Disember 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM3,321,501.26 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Pusat Zakat Melaka dalam satu majlis bertempat di Pejabat T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka.
Yang Dipertua Negeri Melaka T.Y.T Tun Datuk Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam telah menerima bayaran Zakat TH daripada YBhg. Dato’ Haji Mokhzani bin Mukhtar, Pengarah TH Wilayah Selatan. Bayaran zakat bagi negeri Melaka ini mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2020 (RM2,797,897.60). Jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH 2020 terus mencatatkan peningkatan di seluruh negeri sebanyak RM100,416,202.83 berbanding RM86,185,327.00 pada tahun 2020.
Majlis yang berlangsung penuh dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia ini turut dihadiri oleh Y.A.B. Dato’ Seri Utama Haji Sulaiman bin Md.Ali, Ketua Menteri Melaka, Tuan Haji Roslan bin Jonet Pengarah TH Negeri Melaka para pengurusan kanan negeri Melaka dan anggota-angota TH.