KELANA JAYA, 6 Mac - TH Negeri Selangor adalah pejabat yang ke-4 dilawati di dalam Program Siri Jelajah Pengurusan Tertinggi TH ke pejabat TH cawangan di seluruh tanahair. Pengurusan tertinggi TH Negeri Selangor dan Negeri Wilayah Persekutuan turut hadir di dalam sesi ini bertempat di Dewan Sri Kelana, TH Hotel Kelana Jaya.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Hasyudeen Yusoff bersama Ketua Pegawai Strategi & Ketua Staf TH, Tuan Haji Hizamuddin Jamalluddin dan wakil pengurusan di Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi, Jabatan Sumber Manusia turut serta di dalam sesi jelajah tersebut.
Beliau memberikan ucapan penghargaan kepada semua anggota TH cawangan atas segala jasa dan bakti sepanjang perkhidmatan di TH disamping menyampaikan amanat serta halatuju TH yang terkini.