Korporat
TH LANCARKAN TABUNG ROHINGYA UTUSAN - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini melancarkan Tabung Rohingya Utusan-TH yang disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH di bangunan Ibu Pejabat TH, Kuala Lumpur. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama TH dengan Kumpulan Utusan dan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M).
TH amat bersimpati dengan nasib etnik Rohingya beragama Islam yang dizalimi di Myanmar dan berharap dana yang dikumpul akan membantu meringankan beban mangsa-mangsa penindasan tersebut. Tabung ini akan dibuka selama empat bulan, bermula 1 Disember 2016 sehingga 1 April 2017.
TH LAWAT KELIMA-LIMA WARIS TERKORBAN INSIDEN KREN TUMBANG
Pihak Pengurusan TH pada hari ini meluangkan masa untuk menziarahi kelima-lima waris jemaah haji yang terkorban dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram baru-baru ini.
Ziarah dimulai dengan waris Allahyarhamah Rusiah Suar di Sungkai, Perak oleh Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
TH Melancarkan Program R.S.R. (Rejab-Sya'ban-Ramadan) Bagi Tahun 1441H/2020M
KUALA LUMPUR Rabu, 26 Februari - Sabda Rasullullah SAW : “Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Sya’aban dan sampaikanlah kami ke Ramadan”.
Rejab akan mengingatkan umat Islam hampirnya kedatangan Ramadan yang dinanti-nantikan sekalian yang beriman kepada Allah SWT, kerana keberkatan dan kelebihan Ramadan memberi peluang umat Islam merebut ganjaran pahala berlipat kali ganda.
TH MEMBANTU GOLONGAN ASNAF DI KELANTAN
Program Ehsan TH yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebanyak RM80,000 kepada 160 orang asnaf fakir miskin di Kelantan bertempat di Dewan Sri Mutiara, Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang, Kelantan.
Selaras dengan matlamat tanggungjawab sosial korporatnya, TH sentiasa komited dalam memainkan peranan membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara.
TH Menang Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021
KUALA LUMPUR, 5 Julai 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021 (Malaysian Technology Excellence Award) dalam kategori Perkhidmatan Dalam Talian Perkhidmatan Kewangan buat julung-julung kalinya bagi platform THiJARI yang dianugerahkan oleh Singapore Business Review.