Korporat
Rabu, 7 Jun 2017
Program Ehsan TH yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebanyak RM80,000 kepada 160 orang asnaf fakir miskin di Kelantan bertempat di Dewan Sri Mutiara, Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang, Kelantan.
Selaras dengan matlamat tanggungjawab sosial korporatnya, TH sentiasa komited dalam memainkan peranan membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara.
Program Ehsan TH Peringkat Negeri Kelantan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shukry Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah TH dan dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Hisham bin Harun, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Sumber Manusia.