KUALA LUMPUR, 5 Julai 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021 (Malaysian Technology Excellence Award) dalam kategori Perkhidmatan Dalam Talian Perkhidmatan Kewangan buat julung-julung kalinya bagi platform THiJARI yang dianugerahkan oleh Singapore Business Review.
Anugerah diberikan sebagai pengiktirafan kepada projek inovatif yang dilaksanakan TH menerusi platform THiJARI yang turut membuktikan komitmen TH dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan dan haji yang inovatif dan memudahkan kepada orang awam dan para pendeposit khususnya, agar mereka dapat mengakses perkhidmatan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
TH amat berbesar hati dengan anugerah yang diterima dan ia adalah perangsang untuk TH terus melakukan transformasi digital dalam perkhidmatan sekaligus meluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa dan mensejahterakan alam sekitar.