KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pelantikan Standard Chartered Saadiq Berhad (Standard Chartered Saadiq) sebagai ejen kutipan TH yang baharu mulai 15 Januari 2022. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada lebih 8.4 juta pendeposit TH khususnya yang mempunyai akaun di Standard Chartered Saadiq.
Menerusi lantikan ini, para pendeposit TH yang juga pelanggan Standard Chartered Saadiq boleh membuat deposit ke akaun simpanan TH sendiri atau pihak ketiga melalui portal internet bank tersebut. Inisiatif ini akan memudahkan pelanggan kedua-dua organisasi untuk melakukan deposit ke akaun simpanan TH tanpa perlu
hadir ke kaunter cawangan TH.
“Lantikan Standard Chartered Saadiq sebagai ejen kutipan terbaharu TH ini pastinya akan meningkatkan lagi akses perkhidmatan TH seluruh negara. Penggunaan saluran dalam talian terbukti mendapat sambutan baik oleh para pendeposit TH apabila rekod menunjukkan lebih 80 peratus transaksi TH telah dilakukan dalam talian meliputi portal THiJARI, ATM dan CDM serta perbankan internet bank-bank rakan strategik TH yang lain. Pastinya urusan perbankan akan lebih memudahkan kedua-dua para pelanggan TH dan Standard Chartered Saadiq,” kata Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
“Di Standard Chartered, kami sering berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan penggunaan digital di kalangan pelanggan kami. Kami yakin kolaborasi melalui digital bersama TH ini akan memberikan nilai tambah dan kemudahan perbankan kepada semua pelanggan Muslim TH dan bank, di mana jua mereka berada, sama ada di Malaysia atau luar negara,” kata En. Mohd Suhaimi bin Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Saadiq Berhad.
“Kami juga akan menambahkan penawaran digital, seiring dengan usaha kami untuk memperkukuhkan posisi Standard Chartered Saadiq sebagai Bank Islamik Digital terbaik di Malaysia – seperti yang dianugerahkan oleh Digital CX Awards 2021 dan juga oleh Global Finance untuk tiga tahun berturut-turut,” tambah beliau.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan rakan strategik terkini TH atau sebarang perkhidmatan lain yang ditawarkan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian THCC di 03-6207 1919.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan TH (THCC) di talian 03-6207 1919. Keterangan lanjut mengenai siaran akhbar ini, sila hubungi:
Alisha Nur Mohd Noor
|
Affan Aimaduddin Azami
|
SIARAN AKHBAR TH - TH LANTIK STANDARD CHARTERED MALAYSIA SEBAGAI EJEN KUTIPAN TH (FINAL).pdf