MAJLIS PENUTUP MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-33
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom menyempurnakan Majlis Penutup Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-33 yang berlangsung di TH Hotel & Pusat Konvesyen Kuala Terengganu, hari ini.
Sepanjang tiga hari majlis berlangsung, seramai 300 orang delegasi haji berkesempatan berkongsi ilmu dalam mencari penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah untuk kepentingan Jemaah Haji Malaysia.