KUALA LUMPUR, 31 MAC 2023 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengadakan Majlis Penyerahan Infaq Ramadan di Dewan Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2023 (Rabu). Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mustakim Mohamad, Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH. Majlis turut dihadiri oleh Puan Aishah Abdul Samad, Pengurus Besar Operasi Modal Insan dan Al Fadhil Ustaz Mohd Khalil Ibrahim, Pegawai Tadbir Agama Zon 5, JAWI.
Senarai penerima asnaf merupakan penduduk yang tinggal di Bandar Tasik Selatan dan sekitarnya. Seramai 190 orang asnaf telah menerima infaq Ramadan yang merupakan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung, sardin, biskut, minuman milo, kopi dan lain-lain. Sumbangan infaq ramadan ini adalah daripada warga TH di Ibu Pejabat serta warga Pejabat TH Kuala Lumpur dan ianya bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan kepada penerima untuk menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.