Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom menyempurnakan Majlis Penutup Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-33 yang berlangsung di TH Hotel & Pusat Konvesyen Kuala Terengganu, hari ini.
Sepanjang tiga hari majlis berlangsung, seramai 300 orang delegasi haji berkesempatan berkongsi ilmu dalam mencari penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah untuk kepentingan Jemaah Haji Malaysia.
YB. Dato’ Seri Jamil Khir turut mengumumkan bayaran Muasassah Musim Haji 1438H akan kekal RM9,980 walaupun kos haji telah meningkat kepada RM19,550 seorang. Hal ini, menjadikan subsidi yang akan ditanggung oleh TH meningkat kepada RM9,570 seorang dengan jumlah keseluruhan subsidi lebih RM200 juta.
Turut menghadiri YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg Dato’ Syed Saleh Syed Abd. Rahman, wakil-wakil agensi dan jabatan kerajaan serta pegawai-pegawai TH.