Corporate
MAJLIS PELANCARAN PERKHIDMATAN BERGERAK TH KOMUNITI
Lembaga Tabung Haji (TH) telah melancarkan Perkhidmatan Bergerak THKomuniti yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan YB. Tuan Budiman Mohd Zohdi, Ahli Parlimen Sungai Besar di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dataran Othmaniah Sungai Limau, Sungai Besar Selangor.
MAJLIS PELANCARAN SKIM BIASISWA TH DI DEWAN BESAR TH
Majlis Pelancaran Skim Biasiswa TH di Dewan Besar TH disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
MAJLIS PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN ACHEH
Pada hari ini, berlangsungnya Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Acheh yang telah disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kompleks Islam Putrajaya. Tabung ini dilancarkan bagi membantu mangsa gempa bumi di Acheh. Sebanyak 6 agensi telah bekerjasama dalam menjayakan misi kemanusiaan ini iaitu YaPEIM, TH, TV Alhijrah, Kumpulan Utusan, JAKIM dan MAIWP. TH diwakili oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH.
MAJLIS PENGHARGAAN & PENUTUPAN PROJEK SVS
Majlis Penghargaan dan Penutupan Server Virtualization & Consolidation and Security Management telah diadakan bagi mengenang kerjasama di antara Tabung Haji dan agensi-agensi terlibat seperti Mesiniaga, IBM, Feiran, BDO dan CSC. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Yassin Tahir, Ketua Teknologi Maklumat.
MAJLIS PENGHARGAAN DAN GRADUASI SLIM
Lembaga Tabung Haji telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Graduasi SL1M Tabung Haji. YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta SL1M sesi pertama. Majlis ini turut dihadiri YBhg, Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi dan pengurusan kanan Tabung Haji.