Korporat
Rabu, 30 Oktober 2019
YB Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Penutupan Bulan Kaunseling TH yang berlangsung sepanjang bulan Oktober bertempat di Dewan Besar, Menara TH Tun Razak.
Pelbagai aktiviti berkaitan kaunseling diadakan untuk anggota TH seluruh negara. Objektif Bulan Kaunseling adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kaunseling kepada semua anggota TH.
Turut hadir di majlis berkenaan YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff , Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Pengurusan Kanan TH , Anak-anak syarikat dan anggota TH.