Korporat
Jumaat, 8 November 2019
YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyempurnakan Majlis Penutup Sesi Penilaian Prestasi Operasi Haji 1440H yang berlangsung sejak 3 hari lalu bermula 6 November 2019 bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang.
Sesi penilaian Musim Haji 1440H ini diadakan bagi mengenal pasti permasalahan yang berlaku sepanjang operasi berlangsung dan mencari ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi kelancaran musim haji akan datang. Sesi tersebut melibatkan petugas-petugas dari TH, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pembimbing Ibadah Haji dan wakil-wakil agensi yang terlibat secara langsung dengan operasi haji.