Kematian Jemaah Haji Pertama Musim Haji 1439H
Felda Bukit Sagu, 2 Ogos 2018 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menziarahi waris Allahyarhamah Rodziah Binti Awang, 67 tahun, yang meninggal dunia di Madinah baru-baru ini, bertempat di Felda Bukit Sagu 1, Kuantan Pahang. Allahyarhamah Rodziah Binti Awang merupakan jemaah haji pertama Malaysia yang meninggal dunia pada Musim Haji 1439H.