Haji
Kini Rayuan Haji Lebih Mudah Melalui Aplikasi THiJARI
KUALA LUMPUR, 22 Disember 2020 - Para pendeposit TH yang ingin membuat rayuan haji kini boleh menggunakan aplikasi THiJARI. Rayuan haji untuk tahun 1442H/2021M dibuka bermula hari ini 22 Disember 2020 sehingga 13 Februari 2021.
Kos Haji dan Bayaran
Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji
Kos haji Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Arab Saudi, kos sajian, kursus haji, kos perubatan dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.
Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut ketibaan kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia dari tanah suci bagi Musim Haji 1440H/2019M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penerbangan balik kumpulan pertama yang terdiri daripada 479 jemaah haji ini turut disertai YBhg. Tan Sri Md. Nor Md. Yusof, Pengerusi TH.
Kumpulan Terakhir Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di KLIA
Lembaga Tabung Haji (TH) telah selesai Fasa Kedua Operasi Haji dengan ketibaan kumpulan terakhir Jemaah Haji Malaysia KT68 seramai 475 orang menerusi penerbangan carter MH8383 pada 4.10 pagi tadi.Para jemaah tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 1:58 petang waktu Arab Saudi (12 September 2019).
Kunjungan Hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Ke Tabung Haji
KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan kehormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah dan delegasi dalam lawatannya ke Menara TH Tun Razak Kuala Lumpur.
Dr Tawfiq Al-Rabiah memuji TH sebagai institusi Islam contoh yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam pengurusan haji. Beliau turut melapangkan masa berbincang dengan pihak Pengurusan dan bertemu dengan warga kerja TH.
Kuota Haji
Kuota Haji Malaysia
Penetapan 0.1% kuota haji daripada jumlah penduduk Islam sesebuah negara berdasarkan keputusan persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation – OIC) atau OIC pada tahun 1988 di Amman, Jordan.
Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi 1446H/2025M.