Haji
Khamis, 2 Ogos 2018
Felda Bukit Sagu, 2 Ogos 2018 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menziarahi waris Allahyarhamah Rodziah Binti Awang, 67 tahun, yang meninggal dunia di Madinah baru-baru ini, bertempat di Felda Bukit Sagu 1, Kuantan Pahang. Allahyarhamah Rodziah Binti Awang merupakan jemaah haji pertama Malaysia yang meninggal dunia pada Musim Haji 1439H.
TH melakukan sesi ziarah waris bagi mengucapkan takziah di samping memberi sokongan moral kepada waris dan keluarga arwah. TH turut menyampaikan wang khairat kematian dan sumbangan semasa sesi tersebut. Jenazah Allahyarhamah Rodziah Binti Awang telah diuruskan oleh para petugas TH dan selamat dikebumikan di perkuburan Baqi’ Madinah.