Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini melancarkan Dana Bumiputera Al-Ansar sebanyak RM200 juta, inisiatif baharu Lembaga Tabung Haji (TH) dalam memperkasa dan meningkatkan ekonomi para usahawan Bumiputera Muslim di Malaysia.
Pelancaran Dana ini merupakan usaha TH dalam membantu para usahawan Bumiputera Muslim memperoleh kemudahan pembiayaan kredit bagi tujuan mengembang dan mengukuhkan lagi perniagaan mereka. Inisiatif ini juga sejajar dengan matlamat TH untuk memperkasa ekonomi Ummah negara.
Majlis tersebut berlangsung di Bangunan Parlimen dan turut dihadiri oleh YB. Datuk Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH, YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan YBhg Datuk Zamani Abdul Ghani, Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad