Korporat
Jumaat, 10 November 2017
TH hari ini melaksanakan satu program CSR membersihkan rumah anggota susulan banjir besar melanda Pulau Pinang dan negeri-negeri di utara Malaysia baru-baru ini.
YBhg. Dato' Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bersama beberapa Pengurusan Kanan dan anggota TH bergotong-royong membersihkan rumah anggota TH yang terlibat dan memberikan sumbangan wang tunai serta barang keperluan harian bagi meringankan bebanan mereka.