Corporate
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI JOHOR
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan kepada 20 buah sekolah yang telah terpilih bernilai RM250,000 kepada 500 orang pelajar dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Johor telah disempurnakan oleh Tuan Haji Adi Azuan Abd Ghani, Pemangku Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI KELANTAN
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM200,000 kepada 400 orang pelajar daripada 20 buah sekolah dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Tok Bak telah disempurnakan oleh Tuan Haji Muhamad Hamdan Omar, Pengarah TH Negeri Kelantan.
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI MELAKA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM99,000 kepada 198 orang pelajar daripada 9 buah sekolah dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Masjid Ar Rashidin, Alor Gajah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abd Rahman, Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji.
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI NEGERI SEMBILAN
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM124,000 kepada 248 orang pelajar daripada 10 buah sekolah dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Auditorium Pejabat Tanah Daerah Port Dickson telah yang disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Saimi Mat Som, Pengurus Besar (Khidmat Pelanggan) TH.