KUALA LUMPUR Khamis, 6 Februari - Tabung Haji ( TH ) hari ini telah mengadakan majlis penyerahan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1441H/2020M kepada agensi-agensi pelancongan Malaysia yang terpilih bagi menguruskan jemaah haji pada musim haji tahun ini.
Majlis serahan lesen PJH ini disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia 1441H/2020M. Sebanyak 24 agensi pelancongan telah dipilih serta dilesenkan bagi musim haji tahun ini.
Di majlis yang sama, satu sesi pertemuan juga diadakan di antara PJH bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan serta kerjasama yang dapat dikecapi bersama-sama di dalam menyantuni dhuyufurrahman.
TH Malaysia menerima kuota haji sebanyak 31,600 daripada kerajaan Arab Saudi untuk mengelola jemaah haji pada musim haji tahun ini.