ANGKASAPURI, 28 September 2020 - RTM senantiasa berusaha membuat liputan dan menyediakan program berdasarkan keperluan semasa serta menyediakan program-program dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Di antara program-program yang dilaksanakan oleh RTM adalah “Program Salam Baitullah”.
Hari ini , Dua pemenang utama Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2020 diumumkan yang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000 (tempat pertama) dan RM 5,000 (tempat kedua) dikreditkan terus ke dalam akaun TH masing- masing yang disumbangkan oleh Syarikat Olive House.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ybhg. Datuk Saidatu Hassan, Timb Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) RTM dan disaksikan oleh Ybhg. Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji, Ybhg Ustaz Aidil Azwal Zainudin, CEO OHR Marketing Sdn Bhd (Olive House) dan Encik Saifuzzaman Yusop, Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM.
RTM memberikan liputan dan menyampaikan maklumat terkini dan program yang sentiasa mendapat rating tertinggi tontonan dan menjadi pilihan utama sepanjang musim haji di Arab Saudi.