Corporate
PERHIMPUNAN AGENSI-AGENSI MENTERI DI JPM DAN PENGUMUMAN BONUS
Perhimpunan Agensi-agensi Menteri di JPM dan Pengumuman Bonus Pendeposit TH 2011 yang bertempat di Auditorium Putrajaya pada hari Jumaat 3 Februari 2012.
YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan amanat dan halatuju kepada dibawahnya. Di perhimpunan berkenaan, pengumuman bonus TH dan pelancaran buku JAKIM turut diadakan. Perhimpunan ini dihadiri Timbalan Menteri di JPM, Pengerusi TH dan PUK/KPE TH .
PERHIMPUNAN ANGGOTA KALI KEDUA BAGI TAHUN 2012
Perhimpunan Anggota Kali Kedua telah diadakan pada 28 Mac 2012 di Dewan Besar, TH. Perhimpunan diadakan bertujuan menyampaikan amanat dan penerangan oleh YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Perhimpunan ini turut dihadiri ketua Pegawai anak syarikat dan wakilnya.
PERHIMPUNAN ANGGOTA TABUNG HAJI KALI PERTAMA SESI TAHUN 2014
Lembaga Tabung Haji (TH) mengadakan Majlis Perhimpunan Anggota sesi pertamanya bagi tahun 2014 di Dewan Besar TH, hari ini.
Majlis Perhimpunan Anggota ini merupakan antara program yang diatur oleh TH di bawah Jabatan Sumber Manusia dan menjadi salah satu medium untuk penyampaian amanat, perkembangan serta halatuju TH.
PERHIMPUNAN ANGGOTA TAHUN 2012 KALI PERTAMA
Perhimpunan Anggota Tahun 2012 Kali Pertama yang bertempat di Dewan Besar TH pada hari Selasa 31 Januari 2012.
Perhimpunan Anggota kali pertama bagi tahun 2012 telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Ismee Ismail. Pada perhimpunan berkenaan, beliau telah menyampaikan amanat mengenai halatuju TH untuk tahun 2012. Perhimpunan ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif anak-anak syarikatTH.