KUALA LUMPUR, 22 November 2016: Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menafikan informasi yang disebar melalui media sosial berkenaan matawang Malaysia tidak diterima oleh pengurup wang di Makkah dan Madinah. Pemantauan melalui Pejabat TH di Jeddah mendapati matawang Malaysia diterima oleh kebanyakkan pengurup wang di kedua-dua kota suci tersebut.
Sebaran maklumat mengenai penggunaan Kad ATM/Debit yang mempunyai fungsi pengeluaran wang antarabangsa, yang tidak diterima juga adalah tidak benar. Penggunaan kad ATM/Debit tersebut perlulah mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan fungsi pengeluaran antarabangsanya.
Sehubungan dengan itu, para jemaah Malaysia yang ingin ke tanah suci dan berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan Kad ATM/Debit dinasihatkan berhubung terus dengan bank-bank berkaitan untuk maklumat penggunaan secara betul kad ATM/Debit tersebut di luar negara. Kenyataan Oleh: Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji
-Tamat-
Penjelasan TH Mengenai Penerimaan Ringgit / ATM di Tanah Suci