Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali Ke-30 yang telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di TH Hotel & Convention Centre Terengganu, hari ini.
Muzakarah haji tahunan yang berlangsung selama empat hari bermula dari 24 hingga 27 Januari 2014 ini, merupakan salah satu platform perbincangan ilmiah dan keilmuan khususnya kepada Pengkursus Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci dalam menyelaraskan hukum-hakam berkaitan ibadat haji dan umrah di Malaysia. Selain turut menjadi medan kepada para peserta untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan kaedah terkini dan terbaik untuk penyelarasan dan penetapan hukum-hakam ibadah tersebut.
Seramai lebih daripada 300 orang pembimbing ibadah haji seluruh negara termasuk 13 orang delegasi dari negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Thailand turut menyertai Muzakarah kali ini.
MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN 1434H
Korporat
Selasa, 25 Februari 2014