Balai Berita

2020

September 2020

15 September 2020 Berita | Korporat
Pertandingan Fotografi Klik @ Merdeka Peringkat TH

KUALA LUMPUR, 15 September 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengumumkan tiga (3) pemenang utama Pertandingan Fotografi Klik @ Merdeka Peringkat TH Tahun 2020 dan sebanyak 30 hadiah saguhati juga diberikan kepada warga kerja TH yang menyertai. Majlis ringkas ini diadakan sebagai penutup bulan Kemerdekaan bagi tahun 2020 yang bertempat di Dewan Besar TH.

9 September 2020 Berita | Korporat
Klinik e-CENSUS Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020

KUALA LUMPUR, 9 September 2020 - Bagi mendapatkan maklumat stok dan profil penduduk serta perumahan yang komprehensif dan terperinci sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosioekonomi penduduk, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah diberikan mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2020 atau Banci 2020. Kesemua Penjawat Awam diwajibkan untuk menyertai dan menjawab soal selidik Banci 2020 secara dalam talian iaitu e-Census. 

8 September 2020 Berita | Simpanan
TH Bantu 121 Pelajar Asnaf SMK (P) Likas

KOTA KINABALU, 7 September 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sumbangan zakat kepada 121 orang para pelajar berstatus asnaf di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMP), Likas, Kota Kinabalu, Sabah semasa majlis Amanat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada anggota agensi agama di Sabah bertempat di Raia Hotel.

September 04

4 September 2020 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Saran Pendeposit Pastikan Akaun Kekal Aktif

Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan kepada para pendeposit TH yang tidak melakukan sebarang transaksi di TH melebihi tujuh (7) tahun berturut-turut mulai tahun 2013 untuk berbuat demikian bagi mengelakkan akaun mereka dikategorikan sebagai tidak aktif atau berstatus dorman.

2 September 2020 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Pahang

KUANTAN, 2 September 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM4,715,801.28 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Majlis Ugama Islam Negeri Pahang (MUIP) dalam satu majlis di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana, Kuantan, Pahang

Ogos 2020

28 Ogos 2020 Berita | Korporat
Majlis Pelancaran Program Semarak Kita Merdeka & Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat TH Tahun 2020

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2020 - YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Program Semarak Kita Merdeka & Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat TH Tahun 2020 di Lobi Menara TH Tun Razak.

Ogos 28

28 Ogos 2020 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Bayar Zakat Sebanyak RM7.08 Juta Kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM7,082,402.81 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam satu majlis di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

28 Ogos 2020 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Kedah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM7,082,402.81 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) dalam satu majlis di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Ogos 27


27 Ogos 2020 Berita | Korporat
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Agama Di Bawah Jabatan Perdana Menteri Tahun 2020

PUTRAJAYA, 27 Ogos 2020 – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Agama Di Bawah Jabatan Perdana Menteri Tahun 2020 Di Dataran Kompleks Islam Putrajaya.