IPOH, 11 Mac 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba kepada Pelajar Asnaf UTM bantuan pendidikan berjumlah RM750,000.00 kepada seramai 218 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari tiga negeri iaitu Johor, Perak dan Pahang.
Daripada jumlah tersebut, seramai 69 orang mahasiswa negeri Perak menerima bantuan tunai sebanyak RM1,106 berserta sebuah komputer riba bernilai RM2,500.
Majlis telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dan turut dihadiri oleh Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) UTM Kuala Lumpur, Prof Madya Ir Dr Pauziah binti Muhamad serta Pengarah Tabung Haji Negeri Perak, Tuan Haji Mohamad Abas. Sumbangan tersebut merupakan inisiatif TH di bawah Program Iqra' di mana UTM merupakan antara 14 universiti bertuah yang menerima bantuan.
218 Pelajar UTM Terima Bantuan Pendidikan Daripada TH
Korporat
Khamis, 11 Mac 2021