Balai Berita

2019

Ogos 2019

22 Ogos 2019 Berita | Haji
TH Negeri Terengganu Menziarahi Waris Allahyarham Deraman @ Aripin Bin Mamat

TH Negeri Terengganu  hari ini menziarahi waris  Allahyarham Deraman @ Aripin bin Mamat, 73 tahun yang meninggal dunia di Makkah pada 21 Ogos lalu,  bertempat di kediaman keluarga Allahyarham di No A-93, Taman Perumahan Wakaf Tengah, Kuala Terengganu.

19 Ogos 2019 Berita | Haji
Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut ketibaan kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia dari tanah suci bagi Musim Haji 1440H/2019M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ogos 13

13 Ogos 2019 Kenyataan Akhbar | Haji
Hujan Lebat Di Mina Muasim Semalam (12 Ogos 2019/11 Zulhijjah 1440H)

Pada pukul 4.00 petang semalam (12 Ogos 2019/11 Zulhijjah 1440H), hujan lebat telah turun di kawasan perkhemahan Mina Muaisim.

Ogos 10

10 Ogos 2019 Khutbah Arafah Video |
Khutbah Arafah 1440H/2019M


7 Ogos 2019 Berita | Haji
TH Negeri Sabah Ziarah Waris Allahyarhamah Liah Gonong @ Abd Rakam

Kunjungan ziarah wakil Pejabat TH Negeri Sabah ke kediaman keluarga Allahyarhamah Liah binti Gonong @ Abd Rakam, jemaah yang telah meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 03 Ogos lalu ke Kampung Linau, Kota Belud telah disambut oleh Encik Safran bin Sabdani, waris kepada Allahyarhamah. Ziarah tersebut turut dihadiri Imam Qariah Kampung Linau, Ustaz Maksul.

7 Ogos 2019 Berita | Haji
TH Negeri Kelantan Ziarah Waris Allahyarhamah Bidah Samat Yang Meninggal Di Tanah Suci Makkah

Waris kepada Allahyarhamah Bidah binti Samat, jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci pada 05 Ogos lalu telah menerima kunjungan ziarah daripada wakil pejabat TH Negeri Kelantan , bertempat di kediaman keluarga Allahyarhamah di Taman Kobena Pasir Puteh

6 Ogos 2019 Berita | Haji
TH Negeri Terengganu Ziarah Waris Allahyarham Yahya Bin Mamat

TH Negeri Terengganu hari ini melaksanakan Program Ziarah Waris Jemaah Haji dari Terengganu yang meninggal dunia iaitu Allahyarham Yahya Mamat @ Hamzah Mohamad, bertempat di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu.

5 Ogos 2019 Berita | Haji
TH Negeri Johor Menyampaikan Sumbangan Khairat Kepada Waris Allahyarham Moksem Ahmad

Wakil-wakil pejabat TH Negeri Johor pada hari ini melaksanakan Program Ziarah waris Allahyarham Moksem bin Ahmad, jemaah haji yang berlepas melalui penerbangan KT11J yang meninggal di Tanah Suci Makkah, bertempat di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Parit Terus Sanglang, Pontian.

4 Ogos 2019 Berita | Haji
Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1440H/2019M

Lembaga Tabung Haji hari ini menganjurkan Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1440H/2019M di Dewan Mentari, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini. 


Julai 2019

26 Julai 2019 Berita | Haji
Program Ziarah Waris Jemaah Haji Yang Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Dimaklumkan pada hari ini,  TH Negeri Kelantan  melaksanakan Program Ziarah Waris Jemaah Haji (JH) yang meninggal dunia di Tanah Suci, iaitu Allahyarham Ismail bin Yaacob, KT15B (kematian kedua di TS), bertempat di kediaman keluarga allahyarham di No. 18, Kg Telaga Papan Semerak, 16700 Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan.