Kunjungan ziarah wakil Pejabat TH Negeri Sabah ke kediaman keluarga Allahyarhamah Liah binti Gonong @ Abd Rakam, jemaah yang telah meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 03 Ogos lalu ke Kampung Linau, Kota Belud telah disambut oleh Encik Safran bin Sabdani, waris kepada Allahyarhamah. Ziarah tersebut turut dihadiri Imam Qariah Kampung Linau, Ustaz Maksul.
Sesi ziarah pada jam 2:30 petang itu dimulakan dengan penyerahan wang khairat kematian berjumlah sebanyak RM 1,500.00 dan air zam-zam oleh Timbalan Pengarah TH Negeri Sabah, Tuan Haji Norsaiful ‘Adlan Mohd Dimyati dan disusuli dengan bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh Tuan Haji Madli bin Mansur, PEKTA TH Sabah. Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama waris dan keluarga Allahyarhamah yang mana majlis tersebut selesai kira-kira pada jam 3:30 petang.